
Digelar Tok Janggut kerana mempunyai janggut yang panjang hingga ke paras dada. Beliau pernah ke tanah suci dan merupakan seorang yang berpengaruh. Tok janggut juga mahir dalam ilmu seni silat dan sakti. Beliau gugur syahid dalam pertempuran dengan tentera British pada 24 Mei 1915 dalam usia 62 tahun.