Tuesday 20 March 2012

SIAPA TOK JANGGUT


Nama sebenar Tok Janggut adalah Haji Mat Hassan bin Munas. Beliau lahir pada 1853 di Jeram tetapi menetap di Kampung Nering, Pasir Putih. Tok Janggut mendapat pendidikan di sekolah pondok dan antara pekerjaannya adalah peniaga sirih, pinang, kelapa kering dan padi.
Digelar Tok Janggut kerana mempunyai janggut yang panjang hingga ke paras dada. Beliau pernah ke tanah suci dan merupakan seorang yang berpengaruh. Tok janggut juga mahir dalam ilmu seni silat dan sakti. Beliau gugur syahid dalam pertempuran dengan tentera British pada 24 Mei 1915 dalam usia 62 tahun.